Kami merakamkan penghargaan ikhlas kepada peyelian projek , Encik busu bin sulong di atas bimbingan dan perbincangan yang diberi sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan . Di samping itu , kami ingin berterima kasih kepada pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan projek ini sepanjang tempoh yang diberikan . Pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad shah juga tidak ketinggalan kerana memberikan pelajar untuk memperkembangkan idea – idea yang ada pada setiap pelajar bagi menjadikan sesuatu inovasi yang berguna pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada kawan – kawan yang banyak membantu kami secara langsung ataupun tidak langsung ketika kami menyiapkan dan mencari idea projek sehinggalah dalam penulisan laporan projek ini . Sekian Terima Kasih.