Pemarut kelapa manual adalah satu keperluan bagi setiap suri rumah. Bagi memudahkan lagi proses pemarutan kelapa, projek ini bertujuan untuk memarut kelapa dengan lebih selamat, selesa dengan bunyi yang tidak bising dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Kami menggunakan bingkai yang agak kecil berbanding mesin elektrik yang sudah sedia ada. Malah proses ia juga selamat digunakan kerana tidak menggunakan proses mata alat yang laju kadar putarannya seperti mana mesin di kilang- kilang pemarut kelapa lain.
Selain itu, beratnya juga tidak seberat yang sudah sedia ada, ianya boleh dibawa kemana sahaja. Setelah lakukan ujian masa dan gram,ujian masa dan pusingan dan membuat penilaian dengan suri rumah. Kesimpulannya ujian ini produk yang kami cipta hanya dapat digunakan untuk kegunaan rumah.