DAPATKAN SOALAN FINAL DI SINI UNTUK DBM10013 Contoh Pendahuluan | Laporan projek akhir kejuruteraan mekanikal 2018 - 2019 - Nota Politeknik Malaysia

Contoh Pendahuluan | Laporan projek akhir kejuruteraan mekanikal 2018 - 2019

Banyak yang kita lihat , mesin kelapa pada masa kini yang terhasil dari segi reka bentuknya , penggunaan nya , cara memarut tersendiri dan pelbagai lagi. Ia banyak menelan kos yang tinggi .

Ini adalah salah satu ciri- ciri keselesaan yang amat di perlukan oleh sesetengah pengguna pada sesuatu masa yang tertentu misalnya suri rumah untuk mempercepatkan proses memarut hanya dengan menggunakan alat ini dan tidak menelan kos yang tinggi malah boleh digunaakan tanpa elektrik . Justeru itu , kajian ini mencadangkan penggunaan tenaga manual sahaja sebagai alat menggerakkan mesin untuk memarut .

Hanya menggunakan sistem manual. Malah,kos yang digunakan juga rendah berbanding mesin elektrik yang ada pada masa kini .Ianya sangat mudah untuk digunakan , ringan , dan selamat digunakan. Jadi kami memilih permasalahan ini untuk diselesaikan dengan mencipta satu alat yang boleh menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan bagi memenuhi projek pelajar semesta akhir kami .

Kami akan menggunakan segala pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari semasa kami di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjayakan projek ini sebaik – baiknya . Diharapkan projek yang kami laksanakan ini Berjaya mencapai objektif yang dituju dan mendapat markah yang cemerlang .